Monday 13 February 2012

Ikhlas ...

ehem .. kali ni sy na sentuh pasal ikhlas .. actually byk hal yg boleh dikaitkan dgn ikhlas ni .. firstly , na sentuh pasal ikhlas kepada ALLAH s.w.t .. bukanlah na tunjuk baik ke ape .. sy sedar sy ni pun byk sgt alpa .. tp ta salah kan kalau na sentuh pasal ni ..
keikhlasan merupakan pangkal yg menjadi sebab amal diterima .. menurut Syeikh Abdul Qadir al-Jailani , “Kalian harus ikhlas dalam beramal. Palingkanlah pandangan terhadap amal yang telah kalian lakukan. Jangan pernah mengharap ganti dari pemberian kalian itu. Beramallah kerana Allah. Jadilah orang yang mengharap redha-Nya.”  .. rupanya mendapat keredhaan ALLAH s.w.t tu adalah hadiah yg paling besar .. menurut beliau lagi , niat merupakan petunjuk rasa ikhlas , “Ketika kalian berbicara, berbicaralah dengan niat yang tulus. Jika kalian diam, diamlah dengan niat yang tulus pula. Kerananya, setiap amal yang tidak diawali niat, amalnya akan sia-sia.”  so , setiap apa yg kita na buat , mestilah didahulukan dgn niat .. niat tu mestilah niat yg betul ye .










now ikhlas dgn ibubapa pula .. mungkin ada yg ta rapat sgt ngn ibu atau ayah .. tp kita kena lah hormat mereka .. nama pn ibu dan bapa kita kan .. oke , kat bawah ni adalah adab dgn ibu bapa yg menunjukkan kita ihlas dgn mereka .. yg ni saya amek kat Forum Melayu Boleh ..

1. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa
Maknanya, ihsan atau berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah sifat Muslim yang mulia. Banyak nas dan yang menyuruh seseorang itu berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Firman Allah yang bermaksud: �Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu bapa.� (Surah an-Nisaa�, ayat 36).
Tidak ada jalan lain untuk membahagiakan ibu bapa melainkan dengan berbuat baik kepada mereka.

2. Menghargai dan menghormati mereka
Sebagai menghargai jasa kedua ibu bapa, Islam mengangkat tinggi darjat keduanya, iaitu selepas darjat beriman kepada Allah dan beribadat kepada-Nya.
Al-Quran memandang mulia konsep ihsan terhadap kedudukan ibu bapa. Sebagai seorang anak, penggunaan tutur kata haruslah lemah-lembut.
Allah berfirman yang bermaksud: �Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika aku kecil.� (Surah al-Isra�, ayat 24).

3. Merendahkan suara ketika berbicara dengan ibu bapa
Apabila berbicara dengan ibu bapa, janganlah sesekali mengeluarkan perkataan yang tidak menyenangkan dan boleh menyinggung perasaan, umpamanya dengan suara tinggi.
Firman Allah: �Maka sesekali janganlah kamu mengucapkan ah kepada keduanya.� (Surah an-Nisaa�, ayat 23).

4. Berdoa untuk kebahagiaan ibu bapa
Seseorang anak hendaklah sentiasa mendoakan ibu bapa sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.
Sebagai seorang anak salih, tidak seharusnya melupakan ibu bapa begitu saja.
Allah berfirman yang bermaksud: �Dan ucapkanlah wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua mendidik aku waktu kecil.� (Surah al-Isra�, ayat 24).

5. Jangan menderhaka kepada ibu bapa
Seorang anak dilarang sama sekali menderhaka ibu bapa. Sesungguhnya, derhaka kepada ibu bapa adalah dosa paling besar dan keji.














now ikhlas dgn kekasih a.k.a makwe atau pakwe .. adehh .. yg ni sy malas ah na komen .. huhuhu .. na taw ikhlas ke ta , tepuk dada tanya hati .. tapi kalau ikut hati mati .. kalau ikut rasa pula binasa .. hmm .. ikut naluri mungkin akan temui cinta sejati :)

the greatest weakness of most humans is their hesitancy to tell others , how much they love them
while they're alive .. <3

No comments:

Post a Comment